Thursday, April 9, 2009

Hubungan Mata dan pemikiran

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusa:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap ia sangat tajam luar bisa dalam sesuatu bidang. sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. dan orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar pelbagai bidang kat dunia ini.

2. Jika renungan matanya tajam macam renungan mata harimau orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat extreme sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..

3. mata sering berkedip seolah2 ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu, so kalau nak tipu cari orang macam ini. Ini kerana processor otak dia selalu hang, sebab dia PC versi lama.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tamahan atau watak orang kampung dalam filem hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renunganya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya wow orang ini sangat hebat dan memiliki sifat extrem sama bijak dan sangat jahat atau bijak sangat baik dan sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah2 nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, dan ramai orang jepun memilikinya.


7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renungannya dan tak bercahaya matanya.



8. Jika matanya terbeliak macam mata mengkarung maka orang ini agak tohol sedikit pemikiranyanya, dan memang tak bijak tapi kalau bab nafsu dia pandai kot dan kurang bermoral sikit, kalau bercakap main sembur jee dan tak fikir panjang, dan akan bertambah teruk jika besar dan kerap berkedip.

9. jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga2 orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu tapi kalau bab kencing orang kuat kot. sukar percaya dan dibuat kawan.

10. Jika matanya juling (mata tembak burung)biasanya orang ini memilki banyak sifat jahat dari baik, antaranya kuat mencuri dan kita sukar sekali mengesanya kerana kita sukar trace ia melalui body language mata. dan susah dipercayai dari segala aspek. Jika dia jahat maka jauhkan diri. Tetapi jangan sesekali curiga pada manusia mata juling horizontal ini, kerana jika dia mempunyai akhlak baik dan berpelajaran mata ini adalah umpama mata normal dan dia juga good man. jangan sesekali curiga.

11. Jika mata dia condong kebawah atau keatas yakni aku istilahkan sebagai juling vertical. Jika condong keatas maka orang ini kurang bijak dan mempunyai akhlak dan pergaulan yang buruk. dan cenderung jahat. jika condong kebawah orang ini lemah tenaga pemikirannya dan susah menyelesaikan masalah dan agak bebal. dan budipekerti kurang elok.

tapi ingat jangan selalu berperangsaka negatif yang keterlaluan pada orang macam ini, kerana semua ini atas kehendak Allah s.wt. sebab ralat tetap wujud...

Thursday, April 2, 2009

I'm tagged..!!!

1.Adakah anda rasa anda HOT?

yeah..Absolutely! i'm hot when i'm mad of sumtin, eating hot and spicy foods.. or maybe when it's a very hot and sunny day!
but i think i'm probably Hot coz I'm friendly, easy-going,love to make friends and have self-confidence... that's make me hot..i think... agree?? haha...perahsantan!
2.upload gambar kegemaran anda
i have so many fav pics. i'll check my folder....
tada!! this is one of my fav...



ini Dhia Qistina,anak sedara yang disayangi.. ngee!

3. Kenapa anda suka gambar ini?


you know why...
because she's cute!..i always love to pinch her cheeks..
and the most important thing is 'me' in da 'cloud'... even it was photoshoped..
she's wondering if i'll come back and play wif her... i will!


4. Bila kali terakhir makan pizza?
the last time i ate pizza was on 29th march 2009.
I ate half of regular meat maniac pizza and another half of regular seafood delight pizza.
that sounds crazy.. but believe me..i ate them all!
i dun have my dinner after that...(ToT)!

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
i can't really remember... but as far as i remember...the last song that i'd heard is from UNGU entitled 'CahayaMu'... it was when i'm driving my car on my way to my naqibah's house...
i enjoy listening to music while driving... but i'm not really into music.. it's the lirics or messages from the song..that i count....
6. Apa yang sedang anda buat selain dari buat tag ni?
i'm thinking of what i have to do after doing this....
i'm having my snacks..drinking plain water.. breath harder to avoid sleepiness.. n what's more??
oo..yeah! i'm looking for suitable pictures in google image search.. so that i can put it in this blog.. nice.huh!
7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
i love when my mum and dad called me 'TUSY'..
i love when my siblings and 'anak sedara' called me 'UCI'...
i love when my friends called me 'ILA'...
i love when my 'adik2' called me 'KAK ILA'...
n last but not least when sum one called me in my full name... 'NUR ILANAH ABDULLAH'..
BUT IN SOME CASE I DUN REALLY LIKE IT, for example:
perhatian kepada NUR ILANAH ABDULLAH sila datang ke pejabat sekarang kerana Pengetua ingin berjumpa...
or maybe... Pelajar yang mendapat result yang paling 'gempak' iaitu NUR ILANAH ABDULLAH' sila naik ke pentas..
i'll kill those people... haha! (joking!!)
8. Tag lagi lima orang:ini lima orang yang wajib buat tagged ini.
1. Adik tersayang... Roqaiyah aka Aya aka Ayaharith...: i have strong reason why i chose her
1st: because she's d one who tagged me.. 2nd: she answered it already.. so i dun have to read it twice.. haha!!
2. Adik yang dikasihi... Ain cumil.. coz aya tagged her..so i wanna tagged her too..! so,..ain cumil u cannot escape anymore..there's two person tagging you...weew!
3. Kak anfal yang sangat disayangi.. : even i know she's not around and probably dun have time to answer the question.. but i still want to tag her.. to kak anfal: take ya time,dear!
4. Sahabat kesayangan.. ana dental : ana..i know u are busy gurl.. that's why i wanna put some more work for you..hehe!
5. sape lagi?? boleh x nak tagged je sesiapa yang mengenali diri ini..yeeehaa.. kejam2!
jawab2...
now..i'm done!

my story #2

salamualay'kum...
ana x sangka masih ada yang ter'buka' blog ana dikala ana sedang menyapu2 sawang-sawang.. hehe! trimas kepada semua yang menyokong... (ToT)!

Sahabat sekalian boleh teka x apa story ana pada kali ini??? Flow sem nii: lepas Praktikal perkhidmatan Makanan, ana collect data tesis...lagi?? hah! ana masuk subjek pembelajaran ana yang seterusnya iaitu Perkhidmatan Dietetik Masyarakat.. tapi sebelum ana menyimpang..baiklah ana story dulu pengalaman ana semasa mendengar 'Forum Palestin & iktibar' di masjid shah alam.


Forum ini diadakan pada 24 march 2009, started at 8.30pm, ahli panel yang hadir ialah ust. Zawawi(pendakwah bebas) dan Ummu Muhammad (isteri kepada As-syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi,pimpinan HAMAS) dan sahabatnya ,manakala moderator ialah akh. aminuddin yahya(SU agong ISMA)....
antara initipati2 forum yang ana sempat catit ialah :

1. Rakyat palestin bukan berjihad untuk mereka sahaja tetapi untuk seluruh ummah islam!

2. Tanah Palestin bukan milik Rakyat Palestin sahaja tetapi milik seluruh ummah islam..

3. Jihad di Palestin adalah Jihad mempertahankan AKIDAH!!
4. Rakyat Palestin melawan musuh islam secara langsung..berdepan!
5. Penekanan tarbiyyah di kalangan Rakyat Palestin menjadi senjata utama melahirkan semangat jihad tidak kira apa golongan sekalipun(lelaki,wanita dan kanak2).
6. Tarbiyyah sebagai tunjang kekuatan roh Rakyat Palestin untuk terus bertahan dan berjuang!
7. Meningkatkan kualiti pemimpin supaya dapat melahirkan lebih ramai mujahideen.
8. isu Barrack Obama?? adakah obama memberi harapan? Tidak! kerana meskipun obama memimpin tetapi sistem,polisi dan pegangan tetap jua sama!
9. Umat islam wajib meyakini bahawa Islam tetap akan menang dan Israel akan ditumpaskan!
10. Rakyat Palestin mati syahid mereka tidak kalah tetapi menang!! di Malaysia?? ade segolongan yang mati dalam keadaan murtad dan kufur nikmat!
11. Keyakinan bahawa 'siapa yang membantu agama Allah, Allah akan pasti membantu kamu!'
12. Kaum wanita meneladani peribadi Para sahabiah yang membantu dalam perjuangan dan turut serta dalam jihad!
12. wanita di Palestin melahirkan anak-anak dan membentuk peribadi mujahidin dalam diri anak2.. setiap muslimah harus mengajar anak2 erti jihad dan pentingnya jihad!
dan banyak lagi intipati-intipati lain...
Seterusnya, ummu muhammad dan sahabatnya juga berkongsi cerita tentang seorang kanak-kanak berumur 6 tahun yang dirawat dihospital akibat kecederaan dan kehilangan kakinya. kanak-kanak ini menangis dan apabila ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab ' aku sedih kerana tidak mampu lagi bergerak untuk sama-sama berjuang menentang zionis Yahudi, berilah aku kaki palsu atau apa saja semoga aku dapat berjuang dengan dayaku sendiri!!
bayangkan rakan2..hebat x? jauh sekali ngan perangai dan sikap ana sendiri...huu
Juga diceritakan tentang karamah2 semasa perang di Palestin.. di bawah terdapat cerita yang diceritakan oleh ummu muhammad dan juga petikan dari Artikel yang diperolehi dari web..
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
AllahuAkbar!!!

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).












Saturday, March 28, 2009

My story #1

This is a story when i was young..oppss!
Sahabat-sahabat ingat lagi post 'oh blogku yang bersawang.?? ana ada beritahu tentang Praktikal perkhidmatan makanan di Hospital...
so this time i'll tell you about my journey, my experiences and what i'd learned there...


The pratical started on 12th january 2009, and that was our first practical outside the faculty!

my first day went smooth till the last day... alhamdulillah and i'd learned so many things!
check the list:

1. communication skills : ana kena bekerja dengan golongan yang berbeza-beza tahap pendidikan,tangga gaji/pangkat, dan latar belakang. jadi, memang kena ada communication skill yang bagus contohnya:


> penggunaan bahasa --> bahasa yang digunakan mestilah bahasa yang difahami. jika kita bercakap dengan golongan profesional,mungkin kita boleh gunakan perkataan-perkataan 'bombastik' tetapi jika bercakap dengan individu yang mempunyai level pendidikan yang lebih rendah kita kena berusaha sedaya-upaya untuk menggunakan bahasa yang difahami.
> Gaya percakapan --> gaya percakapan mestilah bersesuaian dengan suasana di tempat kerja. Gaya percakapan mestilah menonjolkan keyakinan dan pendirian kita, supaya dapat meyakinkan orang lain. Jika bercakap dengan orang yang lebih tua, rasa hormat menjadi prioriti tapi bukanlah mengurangkan rasa hormat kepada golongan yang lebih muda.

> body language --> body language is one of the communication tools.. . people will interpret our body parts movement as one of the way in delivering the message. so, use the right body language at the right time! Pergerakan Mata,mulut,tangan,bahu dan kedudukan badan sewaktu bercakap memainkan peranan penting. cuba bayangkan kalau kita mencebik mulut atau mnyilang tangan sewaktu bercakap dengan orang yang lebih tua???


2. soft skills - kemahiran ini melibatkan kemahiran interpersonal iaitu a person's ability to operate within organizations through social communication and interactions. Interpersonal skills are how people relate to one another. Soft skills juga melibatkan team work,negotiation skills dan sebagainya. Yang paling penting disini, kita perlu ada self-confidence, motivation and good time management!

3. Be patient! - sikap sentiasa bersabar perlu dipraktikkan apabila berada di tempat kerja terutamanya pekerja baru atau pelajar praktikal. Ini kerana seringkali kita mungkin akan disuruh melakukan tugas yang bukannya tugasan kita! kita boleh niatkan untuk membantu mereka tetapi perlu ada sikap tegas supaya hal ini tidak berlarutan. Seringkali juga kita tidak dapat menolak terutamanya jika tukang suruh adalah individu yang lebih tua...huu! so,.. be patient!!


4. Dakwah skills - tidak banyak yang ana dapat sumbangkan dalam hal ini. meh ana story sket!
Di tempat kerja, ana jumpa pelbagai ragam atau sikap manusia. Ana berjumpa dengan pelbagai gaya hidup,status sosial, latarbelakang dan sebagainya. Ana ibaratkan ia sebagai satu institusi yang kompleks...padahal dalam satu jabatan sahaja belum termasuk jabatan2 lain..dan masyarakat di luar sana!

Ana ada berborak dengan makcik-makcik yang sudah lama bekerja di sana dan apa yang ana temui ialah satu hal yang mengejutkan! cuba sahabat-sahabat sekalian teka? this is what i'd found....Anak-anak muda perempuan dan lelaki yang melaksanakan solat fardhu boleh dibilang dengan jari, anak-anak muda lelaki yang melaksanakan solat Jumaat boleh dihitung dengan kiraan 1-10 sahaja dan yang lagi mengharukan.. Pemuda Bangaladesh melaksanakan solat fardhu dan solat jumaat sedangkan pemuda melayu islam???? huh!

Bila ana tanyakan tentang tindakan pihak atasan, ana diberitahu..tiada sebarang peraturan ataupun tatakerja yang melarang pekerja melaksanakan ibadah solat semasa waktu kerja.. tetapi tiada pula diberi teguran tentang pekerja yang tidak solat! emm... ana teringat kes ana pun lupa baca kat surak khabar tahun berapa..tapi ana pasti hal ini masih berlaku...iaitu pekerja dilarang solat dan tiada tempat solat disediakan di syarikat atau kilang-kilang especially yang dimiliki oleh non-muslim. Apela nak jadi...yang tidak dihalang tidak mau solat, yang mau solat pula yang dihalang2!

so..berbalik pada skill dakwah tadi. Apa yang ana mampu buat ketika berada disana? ana bertanyakan perihal (just borak2 dan mencetus persoalan) anak-anak yang tidak bersolat ni pada individu yang menguruskan pentadbiran seperti pegawai Human resource, dietitian dan chef-chef. Ana mengambil pendekatan ini kerana jika ana yang menasihati pasti tidak ddengari tapi jika pihak yang lebih tinggi kedudukan, sekurang-kurangnya mereka dengar dan mematuhi arahan. walaubagaimanapun, ana tidak pasti apa tindakan yang mereka ambil.

Built good relationship is always the best starter in dakwah! Taaruf atau berkenal-kenalan mengenali nama,umur,level pendidikan dan latarbelakang. Jadikan info-info ini sebagai tools dakwah.

Tempoh ana disana tidaklah terlalu lama sekadar 7 minggu sahaja..dan kebanyakannya ana hanya sempat taaruf..huhu!

konklusi??..kita kena menyiapkan diri kita dengan pelbagai skill semasa menjadi mahasiswa supaya dapat diaplikasikan semasa bidang pekerjaan. untuk menjadi hamba Allah yang taat dengan tugas tarbiyyah dan dakwah...atau menjadi pekerja yang amanah dalam menlaksanakan tugasan yang diberikan..insyaAllah!






oh..blog ku yang bersawang...

salam..sahabat sme! hope still ade yang membuka page nii...(joking!)
Last ana post ialah pada 14 november dan hari ini sudah 28 march.. mmg cukup lama.. kalau blog ni ibarat rumah agaknya bukan setakat bersawang..berkulat..tapi boleh roboh jugak barangkalinya...hehe!

first of all.. terima kasih kepada semua yang sentiasa bertanyakan perihal blog ini.. n mintak maaf kerana tidak berkesempatan diatas sebab2 yang bakal ana utarakan sebentar lagi..hehe!

ok!.. antara sebab-sebabnya ialah:



ana menjadi bibik 'instant' time cuti bulan november-disember.. wee memang seronok.. bagaikan satu adventure!



of course..since we're dealing wif children that loves adventure... (T.T)

--ini gambar,anak sedara ana...
boy: dai'e harraz

gurl: dhia qistina

ok..now.. my second reason is...

there's no internet connection.. so susah sket nak meng'online'kan diri.... especially time kat kampung..yee..haa!




3rd reason.. when 'm entering the new semester...
ana di sibukkan dengan Praktikal perkhidmatan makanan di Hospital Selayang..
pagi2 keluar..drive about 19 km.. and balik lewat petang..
me and one of my best friend..

i'd learned so many things during practical in hospital selayang.

* refer to 'my story'... next post maybe..haha!


praktikal perkhidmatan makanan di Hospital Selayang wif BESTA food service coop. selama 7 minggu..


--- it seems like we gonna enter surgical room.. but of course not!

4th reason : additional commitment!

masuk semester baru.. ana diamanahkan untuk membawa usrah adik-adik 1st year.. di samping perlu menghadiri usrah untuk diri sendiri..hehe! Mula-mula terasa berat juga.. since dun have any experience before..huhu! but..alhamdulillah... semuanya berjalan lancar..


5th reason : adaptation season...

semester ini bagaikan musim menyesuaikan diri dengan kekangan jadual, pertambahan komitmen, kepenatan tubuh badan dan kekuatan roh! agak lambat untuk menyesuaikan diri tapi alhamdulillah... i got new biological clock! haha...


apa-apa pun alasan...bagi ana..kita kena pandai meletakkan hak pada tempatnya... dan cekap menyusun hal-hal mengikut keutamaan atau Priority...

manusia memang suka mencipta alasan..termasuk lah ana...hehe! chayok sme!!










Friday, November 14, 2008

Theory Planned Behavior

salam ukhwah kepada sahabat-sahabat sekalian...!
minggu peperiksaan ana sudah pun berlalu dengan 'cemerlang,gemilang,terbilang'...alhamdulillah apa pun kita tunggu keputusan peperiksaan nanti.. (T.T)!
Pada 11 november lepas..ana menghadapi peperiksaan subjek 'Pendidikan pesakit' or 'Patient Education'.. jadi ana kena belajar dengan 'bersungguh-sungguh' untuk subjek tersebut..semasa menelaah subjek ini..ana tertarik pada one Theory that being formulated by Icek Ajzen/Aizen(1991),profesor dalam bidang psikologi. Nama teori ini ialah Theory Planned Behavior. Teori ini mencadangkan tingkahlaku seseorang ditentukan oleh niat untuk melakukan tingkahlaku tersebut, dalam kata lain niat ialah tindakan kognitif yang menunjukkan kesediaan seseorang untuk melakukan tingkahlaku tertentu. Niat ditentukan oleh 3 perkara:
1) Attitude toward the specific behavior ~ sejauh mana individu menilai sesuatu tingkahlaku..samada positif atau negatif.
2) Subjective Norms ~ persepsi individu terhadap tekanan sosial atau persekitaran yang dirasakan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tingkahlaku
3) Perceived behavioral control ~ persepsi individu terhadap kebolehan diri untuk melakukan tingkahlaku tertentu.

Secara amnya, teori ini menyatakan semakin positif 'attitude' & 'sujective norms'... ditambah pula dengan kekuatan 'perceived control'... Semakin kuatlah niat seseorang untuk melakukan tingkahlaku tertentu.
jika kita bandingkan teori ini dengan realiti semasa kehidupan kita seharian ataupun sahabat2 disekeliling kita...teori ini ada kebenarannya..
sebagai contoh:
Kebanyakan daripada kita sudah mengetahui tentang betapa banyak hikmah & kebaikan menutup aurat(attitude toward hijab), tetapi disebabkan oleh sahabat rapat mahupun ahli keluarga yang tidak mengamalkan tingkahlaku menutup aurat..serta masyarakat yang lebih suka mengamalkan budaya 'aiman tak kesah'....sebahagian daripada kita tidak merasakan 'tekanan' untuk melaksanakan tuntutan menutup aurat(subjective norms)..
ditambah pula dengan persepsi negatif terhadap kebolehan diri sendiri untuk berubah atau alasan yang selalu digunapakai..belum bersedia atau belum sampai 'seru' atau 'takutlah nak berubah nanti dah tak boleh keluar ngan geng' atau 'nanti mama i segan plak i pakai camni'....
(perceived behavioral control)... fiiiuhhh..macam2...
Big Note: Kebanyakan daripada kita tahu untuk membezakan hal yang baik dan buruk. secara fitrah,manusia mampu merasakan kebaikan & keburukan sesuatu perkara. Malangnya, apabila fitrah ini diganggu gugat oleh nafsu, maka hal yang baik jadi buruk...hal yang buruk jadi baik.. atau yang haram dihalalkan & sebaliknya. Masyarakat yang terbentuk dengan sikap 'tidak ambil peduli' atau 'jaga tepi kain orang' memburukkan lagi keadaan.. meskipun kezaliman dan pencabulan hak berlaku didepan mata! Apatah lagi apabila masyarakat melabelkan amalan menagih dadah,mencuri,merompak,rasuah,sumbang mahram,rogol,berpakaian membuka aurat dan sebagainya sebagai PERKARA BIASA!

Monday, November 3, 2008

cekodok Nestum!

Pernah tak anda terfikir untuk goreng cekodok Nestum?
haa...sebagai insan bergelar mahasiswa kita memang perlu berfikiran & bertindak kreatif sesuai dengan umur dan minda kita yang muda & segar!!

nak dijadikan cerita... Memandangkan ana & kawan serumah sibuk dengan persiapan exam..sehingga xsanggup 'spend' masa untuk membeli barang dapur... ape lagi... 'korek' jela bahan makanan yang ada... dari sini...timbul lah idea buat cekodok...

mula-mula ingat nk buat cekodok bilis...last kali jadi cekodok Nestum...

Tambahan lagi..kami serumah ni kebanyakan dari kursus Dietetik..& learn how to modify foods...so..we applied wat we'd learned... (ilmu tanpa amal x berguna...kan?)..
so..macamane nak buat cekodok nestum ni:
bahan2 yg kami ada ialah:
1) tepung Gandum
2) telur yang tinggal sebiji
3) instant nestum( yang besenye kitorang minum ngan air susu)
4) serbuk coklat
5) gula pasir

campak je semua bahan2 diatas...masuk dalam bekas adunan..kacau sebati...panaskan minyak dalam kuali... Goreng... & hidang!
yang paling best ana n kawan ana panggil kawan serumah kitorang nii...untuk menikmati bersama cekodok Nestum.. tapi kitorang x bagitau dia ni cekodok Nestum..sebaliknya cekodok pisang..


mana x nye..cube tengok gambar ni..macam cekodok pisang kan??..tapi memandangkan kawan ana ni mengalami masalah deria rasa(selesema)..plus...we said that 'pakcik Kolej bagi pisang'..haha! so die percaya la...but at the end..she noticed..of course! no pisang at all..! what she said?? kenapa xde gambar pisang kat cekodok ni? buahahaaa!apela..gelak2 time nak exam nii...
tula cerita nya... kadang2 'kesempitan' or 'kesusahan' membuat manusia lebih kreatif..n lebih inovatif untuk 'survive'... Unique nya hidup nii.... :)