Friday, November 14, 2008

Theory Planned Behavior

salam ukhwah kepada sahabat-sahabat sekalian...!
minggu peperiksaan ana sudah pun berlalu dengan 'cemerlang,gemilang,terbilang'...alhamdulillah apa pun kita tunggu keputusan peperiksaan nanti.. (T.T)!
Pada 11 november lepas..ana menghadapi peperiksaan subjek 'Pendidikan pesakit' or 'Patient Education'.. jadi ana kena belajar dengan 'bersungguh-sungguh' untuk subjek tersebut..semasa menelaah subjek ini..ana tertarik pada one Theory that being formulated by Icek Ajzen/Aizen(1991),profesor dalam bidang psikologi. Nama teori ini ialah Theory Planned Behavior. Teori ini mencadangkan tingkahlaku seseorang ditentukan oleh niat untuk melakukan tingkahlaku tersebut, dalam kata lain niat ialah tindakan kognitif yang menunjukkan kesediaan seseorang untuk melakukan tingkahlaku tertentu. Niat ditentukan oleh 3 perkara:
1) Attitude toward the specific behavior ~ sejauh mana individu menilai sesuatu tingkahlaku..samada positif atau negatif.
2) Subjective Norms ~ persepsi individu terhadap tekanan sosial atau persekitaran yang dirasakan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tingkahlaku
3) Perceived behavioral control ~ persepsi individu terhadap kebolehan diri untuk melakukan tingkahlaku tertentu.

Secara amnya, teori ini menyatakan semakin positif 'attitude' & 'sujective norms'... ditambah pula dengan kekuatan 'perceived control'... Semakin kuatlah niat seseorang untuk melakukan tingkahlaku tertentu.
jika kita bandingkan teori ini dengan realiti semasa kehidupan kita seharian ataupun sahabat2 disekeliling kita...teori ini ada kebenarannya..
sebagai contoh:
Kebanyakan daripada kita sudah mengetahui tentang betapa banyak hikmah & kebaikan menutup aurat(attitude toward hijab), tetapi disebabkan oleh sahabat rapat mahupun ahli keluarga yang tidak mengamalkan tingkahlaku menutup aurat..serta masyarakat yang lebih suka mengamalkan budaya 'aiman tak kesah'....sebahagian daripada kita tidak merasakan 'tekanan' untuk melaksanakan tuntutan menutup aurat(subjective norms)..
ditambah pula dengan persepsi negatif terhadap kebolehan diri sendiri untuk berubah atau alasan yang selalu digunapakai..belum bersedia atau belum sampai 'seru' atau 'takutlah nak berubah nanti dah tak boleh keluar ngan geng' atau 'nanti mama i segan plak i pakai camni'....
(perceived behavioral control)... fiiiuhhh..macam2...
Big Note: Kebanyakan daripada kita tahu untuk membezakan hal yang baik dan buruk. secara fitrah,manusia mampu merasakan kebaikan & keburukan sesuatu perkara. Malangnya, apabila fitrah ini diganggu gugat oleh nafsu, maka hal yang baik jadi buruk...hal yang buruk jadi baik.. atau yang haram dihalalkan & sebaliknya. Masyarakat yang terbentuk dengan sikap 'tidak ambil peduli' atau 'jaga tepi kain orang' memburukkan lagi keadaan.. meskipun kezaliman dan pencabulan hak berlaku didepan mata! Apatah lagi apabila masyarakat melabelkan amalan menagih dadah,mencuri,merompak,rasuah,sumbang mahram,rogol,berpakaian membuka aurat dan sebagainya sebagai PERKARA BIASA!

Monday, November 3, 2008

cekodok Nestum!

Pernah tak anda terfikir untuk goreng cekodok Nestum?
haa...sebagai insan bergelar mahasiswa kita memang perlu berfikiran & bertindak kreatif sesuai dengan umur dan minda kita yang muda & segar!!

nak dijadikan cerita... Memandangkan ana & kawan serumah sibuk dengan persiapan exam..sehingga xsanggup 'spend' masa untuk membeli barang dapur... ape lagi... 'korek' jela bahan makanan yang ada... dari sini...timbul lah idea buat cekodok...

mula-mula ingat nk buat cekodok bilis...last kali jadi cekodok Nestum...

Tambahan lagi..kami serumah ni kebanyakan dari kursus Dietetik..& learn how to modify foods...so..we applied wat we'd learned... (ilmu tanpa amal x berguna...kan?)..
so..macamane nak buat cekodok nestum ni:
bahan2 yg kami ada ialah:
1) tepung Gandum
2) telur yang tinggal sebiji
3) instant nestum( yang besenye kitorang minum ngan air susu)
4) serbuk coklat
5) gula pasir

campak je semua bahan2 diatas...masuk dalam bekas adunan..kacau sebati...panaskan minyak dalam kuali... Goreng... & hidang!
yang paling best ana n kawan ana panggil kawan serumah kitorang nii...untuk menikmati bersama cekodok Nestum.. tapi kitorang x bagitau dia ni cekodok Nestum..sebaliknya cekodok pisang..


mana x nye..cube tengok gambar ni..macam cekodok pisang kan??..tapi memandangkan kawan ana ni mengalami masalah deria rasa(selesema)..plus...we said that 'pakcik Kolej bagi pisang'..haha! so die percaya la...but at the end..she noticed..of course! no pisang at all..! what she said?? kenapa xde gambar pisang kat cekodok ni? buahahaaa!apela..gelak2 time nak exam nii...
tula cerita nya... kadang2 'kesempitan' or 'kesusahan' membuat manusia lebih kreatif..n lebih inovatif untuk 'survive'... Unique nya hidup nii.... :)