Friday, September 19, 2008

Wherever you are..pray to Allah..

O people

In a hut made of tin and clay

A small boy dreams away Of clean water and a meal a day

And not to fear mines as he plays each day

O people

Somewhere dark and out of the way

Aids has found yet another prey

To save his life he just couldn’t pay

Tell me what we’re going to do

For our brothers in Durban

For our sisters in Darfur

Show me what we’re going to do

Are we just going to sit there?

Nice and cosy on our armchairs

Will we not even make a prayer?

You might ask yourself

Why should I help these people?

They’ll tell you why We’re not so different from you

We have dreams just like you

But they were buried with the bodies of our loved ones

O people

Are we deaf, dumb, and blind?

What is going through our minds?

Don’t we care for the rest of mankind?

O people

We claim to love peace and justice

Why do we preach what we don’t practice?

Let’s help them out of this darkness

Tell me what we’re going to do ?

For our brothers in Ethiopia

For our sisters in Rwanda

Show me what we’re going to do?

Are we just going to sit there?

Nice and cosy on our armchairs

Will we not even make a prayer?!!

make a prayer-sami yusuf

Kaunseling diet vs 'Kaunseling' dakwah

kaunseling diet vs 'kaunseling' dakwah???
apa kaitannya??? ada ke?? pasti semua orang tertanya-tanya..paling kurang pun mesti ada yang gigit jari..or garu kepala or apa2 la yg mennjukkan tengah berfikir...

haa..meh ana cerita...


Pada 2 hari yang lepas ana ditugaskan untuk membawa watak 'dietitian' bagi kelas Mock counselling... memang agak x bersedia la... dan ana membantai dengan jayanya... but at the end ana dapat pengajaran dari apa yang berlaku... let me share....:

kaunseling diet = k.diet
kaunseling dakwah = k.dakwah...ni singkatan!


1) k.diet : mula2 babak ana kena memanggil pesakit dengan nama yang paling terhormat..ana dapat pesakit india menghidap diabetes mellitus type II...name die ana panggil Puan Kajol..(profil pesakit dah dapat awal2)

k.dakwah : kalau nak mula berbual dengan mad'u mestilah ingat name dia..dan panggil dengan panggilan yang paling disenangi... seperti adik, kakak, nama manja,...dan sebagainya.


2) k. diet : seterusnya..kalau pesakit bawa teman,dietitian kena tegur dan tanya orang yang meneman...kalau suami..kena persilakan..kena sambut..kena layan.. xde la die rasa dipinggirkan...


k. dakwah : sama jugak kalau kita dengan mad'u dan teman dismping mad'u... sememangnya yang kita nak 'attack' adalah mad'u...or fokus kita ialah mad'u..tapi tidak boleh sekali2 kita meminggirkan peneman or rakan2 mad'u... jadi..barulah ada rasa kebersamaan...


3) k.diet : lagi...kena bertanya khabar pesakit..bertanyakan perihal kondisi semasa pesakit... perasaan dia...senang cerita..kalau nak bagi nasihat or kaunseling..perlu kena pada tempatnya..or keadaan..tambahan lagi..pesakit boleh merasakan dietitian mengambil-berat ttg kesihatan dia..


k.dakwah : begitu juga apabila kita dengan mad'u..mana boleh terus2 terjah dengan perkataan tarbiyyah yang bombastik..kena ambil hati dia dulu..tanya khabar semua..perkara asas je.. just nk built rapport...bina hubungan.. that easy...


4) k.diet : semasa kaunseling..dietitian perlu bagi keterangan pengenalan tentang penyakit kencing manis yang dihidapi... kalau nak terangkan kena guna bahasa or ayat2 yang senang difahami...cuba kalau kita guna perkataan seperti 'metabolisme', 'carbohydrate', insulin hormone dan banyak lagi perkataan yang bagi dietitian adalah perkataan yang 'simple' tetapi bagi pesakit perkataan2 tersebut adalah sesuatu yang baru... so kena tengok level of understanding pesakit...

k.dakwah : kan sama semasa kita borak dengan mad'u pasal islam..or anything that might be new for them.. bung..bang..bung ..bang explain kat mad'u..kalau dia x faham kan rugi..
so..kalau nak terang sumtin kat mad'u harusnya mula dari bawah..mula dari hal.yang senang difahami.. kalau terus2 bincang pasal jihad!! waaa...mau mad'u lari keliling padang...hehe


5) k.diet : harusnya ada komunikasi..interaksi 2 hala..dietitian memberi soalan..menerima pandangan..memberi cadangan,..menanyakan persetujuan..dan sebagainya... supaya...pesakit merasakan keterlibatannya dalam membuat keputusan tentang kesihatan dia diterima-pakai..dan dihargai..jadi..dalam masa yang sama.. pesakit akan lebih 'complience' dan mudah menerima...dan merasa dihargai...


k. dakwah: haha..sama2!! kalau berbicara dengan mad'u harusnya ada persoalan2 yang ditimbulkan..persoalan2 yang memecahkan isu didalam kepala mad'u.. yang menarik minat mad'u untuk ikut sama berfikir dan meluahkan pendapat dan pemikiran... kalau dai'e sahaja yang berbicara... huh!! mau juga mad'u tersebut tertidur...lantaran 'otak' dan minda nya tidak ikut pusing bersama2...hehe...


6) k.diet: contohnya..kalau berurusan dengan pesakit kencing manis... selalunya budaya or gaya hidup pesakit..gemar makan makanan yang manis..makanan bergoreng..makanan yang tinggi garam..dan segala macam ketinggian..huhu... senang cerita kebanyakannya mempunyai berat badan yang berlebihan... kalau dietitian mahu menanyakan tentang berapa kuantiti sudu gula yang diambil ketika makan... dan pesakit memberi jawapan kuantiti..yg melampau2.. contohnya: saya biasa ambil 4 sudu gula untuk segelas jus sunkist!... mak aihh..banyaknye...(dietitian x boleh memberi respon sebegitu).. ataupon dietitian buat mimik muka poyo2... memang sah! pesakit akan terasa hati n terhina...n terus xleh dengar dah nasihat dietitian...

k.dakwah: contoh die...kalau kita berbicara tentang isu palestin.. dan mad'u tidak tahu-menahu tentang isu ini... so..jangan pulak buat2 muke sambil cakap : takkan tu pun xtau..orang lain semua tahu! so..senang cerita.. jangan generalized kan tahap pengetahuan individu..lain orang lain tahapnya...


7) k.diet : sepanjang sesi kena bermanis muka..memandangkan pesakit pun suka makanan2 yang manis

k.dakwah : samela...kalau muka masam..x ke mad'u tu rase nk lempang je... bagi nasihat tapi muka masam...xbleh terima! kalau muka manis..senyum biar ikhlas..orang nak dengar nak tengok muka pun rasa bahagia je...


8) k.diet: semasa nak memberi nasihat diet.. harusnya menasihati dengan cara yang paling mudah dan realistik bagi pesakit.. contohnya: kalau nak pesakit turunkan berat badan, jangan pula dietitian..menyuruh pesakit untuk menurunkan 20kg dalam masa 2 minggu!! memang x munasabah... pesakit dengar pon meremang bulu roma.. so ask patient untuk buat perubahan gradually but yet effective! contoh: o.5kg in 1 or 2 weeks..kan nampak sikit tuu...


k.dakwah : kalau nak suruh mad'u yang xpakai tudung untuk pakai tudung... jangan plak terus2 je suruh pakai tudung labuh bulat..... ada menangis kawan tu... why not? try pakai tudung biasa dulu...but still tutup aurat... ataupon contoh lain: kalau mintak mad'u baca quran 1 juzuk sehari..padahal selama ni..die baca quran sekali seminggu..haa... biar sikit asal berterusan...

banyak lagi..perbandingan2 yang boleh dibuat... dalam kita mempelajari bahan-bahan akademik.. boleh je kita mengaitkan dengan tugas2 dakwah kita.. walaupon dua bidang yang berbeza..tapi still kita kena deal dengan pelbagai ragam manusia... yang memaksa kita untuk menjadi fleksible untuk apa jenis ragam manusia sekalipun...


itu sahaja stakat nii... Maceh!






Monday, September 15, 2008

cantiknye!!! xde kat malaysia nii...






















THIS IS A FIRE RAINBOW - THE RAREST OF ALL NATURALLY OCCURRING ATMOSPHERIC PHENOMENA. THE PICTURE WAS CAPTURED THIS WEEK ON THE IDAHO / WASHINGTON BORDER. THE EVENT LASTED ABOUT 1 HOUR. CLOUDS HAVE TO BE CIRRUS, AT LEAST 20K FEET IN THE AIR, WITH JUST THE RIGHT AMOUNT OF ICE CRYSTALS AND THE SUN HAS TO HIT THE CLOUDS AT PRECISELY 58 DEGREES.












Ramadhan : Batalkah Puasa Anda Jika...???

Ramadhan : Batalkah
Puasa Anda Jika...


Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.
Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.
Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-


1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.


2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.


3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.


4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.


Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa. Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-


1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.


Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd 'Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)



2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.


Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.


3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya :
Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.


4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya
: Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.
Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd 'Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)


5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya :
Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; 'Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.


Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan :

Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.


6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya :
Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).


7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)


8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.


Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )


10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.


11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.


12) Menelan air liur
Hukum :
Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untuk menjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)


13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.


14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)


Sekian,
Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua pengunjung zaharuddin.net


Thursday, September 11, 2008

saudara baru..saudara kita!

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru) membawakan khas untuk anda;Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4"Saudara Baru, Saudara Kita"


Ayuh sertai! Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja.

Tarikh :20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Masa :5.00 petang - 10.00 malam

Tempat :Dewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya


Aturcara Program

5.00 petang: Ketibaan tetamu

5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

5.30 petang: Forum: "Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia"

Panelis:Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI)

Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)

7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One

8.00 malam: Perasmian

8.20 malam: Solat Isyak dan Tarawikh

Dipimpin oleh: Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

9.40 malam: TazkirahDisampaikan oleh Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)

10.00 malam: Moreh dan Bersurai


Dengan izin Allah Ta'ala, sumbangan umat Islam di Malaysia dan usaha berterusan pihak Hidayah Centre dalam membantu memasyarakatkan dan memartabatkan saudara baru ini akan melahirkan generasi saudara baru, saudara kita yang soleh dan musleh. Terima kasih kepada semua.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)

En. Dhany Sarip (012-930 7522) dhanysarip@gmail.com

Pn. Ummi Roses (019-238 6333)

Ibupejabat JIM (03-4108 9669)


*Mohon bantuan untuk sebarkan mesej ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta'ala.

bazaar RAMADHAN.. syok!




memandangkan bulan ini bulan ramadhan..so banyak la bazar yang dibuka untuk menjamu mata dan perut golongan yang berpuasa... antara bazar2 yg dibuka termasuklah..bazar kanak2 karisma ukmkl..yg kepingin nak menambah dana.. kat mane? kat kolej tun syed nasir 1, titiwangsa.. kebanyakan juadah yg kami sediakan ..sme hand-made or home-made..mane2 laa..


bermula dari rojak..puding gula hangus..kek coklat kurma...air jambu batu..air oren..popia hangus...sardin roll..samosa..bubur jagung..ha,..satu je yg kene beli..keropok lekor...!
ade lagi..baju2 dri khalifah institute.. lagi..buku2 siri al-quds... lil' book palestin.. stiker kereta..dan bermacam2 lagi... wee!


memang pengalaman yg best! time ana tulis blog ni..kami masih ade 2 hari yg available untuk menjual..total hari menjual=5 hari...


untuk melarisakan lagi jualan..kami buat konsep 'membeli sambil menderma'... 10 % keuntungan masuk tabung palestin..insyaAllah!...


so ramai juga teruja untuk membeli..bleh masuk tabung skali..kan best.. 2 in 1!


ni antara gambar yg sempat ditangkap!

memang gamat! tapi merapatkan lagi ukhwah kami..insyaAllah...!

sekian...


Jom masuk duit dalam TABUNG PALESTIN!!!

selesai sudah majlis pelancaran tabung amal palestin... so after this boleh pergiatkan lagi kutipan derma..tabung akan berlegar-legar di mana saja.. kolej..surau..fakulti.. dan sebagainya..insyaAllah! ayuh..kengkawan kite sumbat duit ke dalam tabung...






emm..teringat pula ana.. pada 21 ogos lepas..ana ade edar sampul surat untuk dimasukkan duit derma.. ana edar dalam kelas ana.. kelas budak2 kos Dietetics..sme nye ade 43 orang.,.n half of it adalah chinese or indian.. n after collect2 duit.. tau x berapa dapat? RM60 lebih!! dasyat gak sekali kutip dapat banyak tu.. Just share..mane tau lain kali boleh buat lagi..kat lecture hall kos lain plak.. hehe!






berbalik pada majlis tadi.. haa..memang best! ana datang lewat..so kene dok luar bersama2 budak2 yang nk masuk dewan untuk buat gimik...








atas plate tu ade lilin.. belakang sekali ade budak bawa board untukmu palestin..macam2!





ni plak..kanak2 ribena yang kecoh..


Allahu akbar!! ayuh! bebaskan palestin...!


ha..kan? ni baru kat luar dewan..kat dalam dewan mmg gamat dengan suasana perasmian dan sebagainya..yg ana xdapat dengar sebab dok luar..


masuk je dalam dewan... ade persembahan multimedia..yg mmg meruntun jiwa siapa saja yg melihat dan mendengarnya... mmg mantop!! walaupon da byk kali tgk..tapi still x dapat tahan meleleh air mata... hope.. kita tidak sekedar mengeluarkan air mata.. tapi mmpu menafsirkan perasaan tu dengan gerak kerja ..yg mampu mmbantu saudara kita di palestin! insyaAllah..


ni suasana kat dalam..mmg gelap.. bagus la..xde la segan kalo nangis..huhu..

haa..siap ade lilin lagi..jangan terjatuh bakar tikar daa...

tula serba sedikit sharing dari ana..

n alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar... syukran sme!



Sunday, September 7, 2008

aku...sahabat.@ pameran..

Pada 9 september 08'... satu Majlis pelancaran Tabung Amal Palestin akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur(UKMKL)... so.. ana dipertanggungjawabkan untuk 'incharge' bahagian pameran...alhamdulillah pameran fasa pertama program berjalan dengan lancar & dipermudahkan...
mula-mula ingat nak pinjam bahan pameran pasal palestin dari sahabat(nihlah johari)..dan terus tampal..tapi ditakdirkan Allah s.w.t bahan pameran 'not available'.. walaubagaimanapun, alhamdulillah sahabat ni..banyak membantu dalam penyediaan bahan-bahan informasi..dan cadangan2 yang bernas..( to nihlah : jazakillah ukhti!..next time bley tolong lagik!).. after dah dapat softcopy yang disediakan....ana..dan dua orang lagi sahabat( ukhti himah & izzanis) bergegas untuk membeli barang2 & memprint...
memandangkan hari yang kecoh ni..adalah hari ahad..so x banyak kedai yang available.. tapi alhamdulillah..dipermudahkan...ada kakak berbangsa cina yang membawa ana menyusuri lorong2 di chow kit sampai tembus ke kedai QuickFoto.. di situ la ana print dengan harga yang pada ana murah... siap laminate kertas semua..(tapi laminate kami buat sendiri kat kedai tu=nk cut cost!).... uncle kedai tu sangat bagus! dari harga RM2 kitorg dapat RM0.50 per laminate... haha..bunyi cam agak kejam la..



* tugas mengarah uncle yang dijalankan dengan bahagia...('O')!



kami berada di kedai sehingga jam menunjukkan 4.45pm...agak lama la..tapi alhamdulillah 'settle' gak... after that..kami terus bergegas mencari taxi menuju ke kolej tun syed nasir 1.
sampai sana dalam 15 minit...dan pukul 12.15am baru 80% siap..disamping masa yg diambil untuk solat fardhu & sunat terawih..agak lama jugak la..dan alhamdulillah ramai anak2 usrah ana yang turut membantu...(roqaiyah,rasyidah,mastura), adik fatimah & fizah kecik...serta rakan seperjuangan yg amat dikasihi... ukhti himah & farhana(shout: jazakillah sme!!!)
dan hasil pameran kami...
poster black n white...
'kolaj'???.... idea on da spot.. look crowded..hehe!

lots of information..hope everybody can read it!

more information....and the background? got Palestin's flag!


after finish..ana & ukhti himah berangkat pulang ke kolej di Kg.baru.. kena jalan kaki keluar dari Titiwangsa & amik taxi... tapi alhamdulillah ada pak guard hantar untuk memastikan keselamatan kami.. sampai kolej.. pakcik belanja makanan untuk sahur: 3 bungkus nasi(nasi kerabu & nasi dagang) + 3 air kotak + 2 kotak kurma.... masyaAllah, baiknya pakcik nii..segan kami dibuatnya... rupanya pakcik ini memang terkenal dengan sikap pemurahnya... padahal gajinya sederhana..tetapi 'willingness' untuk bersedekah tu lagi kaya dari 'gaji' yang dia ada...

sehingga ana teringatkan:

'dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah & untuk perteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali ganda. jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun(pun memadai). Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan"
(al baqarah : 265)


*hope can be like him..(T.T)
teringat sirah terdahulu..huhu!

Salam!!

Assalamualaykum..to all..


jemput datang melayari blog yg tak seberapa ni.. 'nervous' gak nak buat blog sendiri..kalau tak cuba buat..kita tidak akan tahu kebolehan sendiri...

harap dengan kewujudan blog ni boleh..berkongsi pendapat..pengalaman..dan sebagainya.. dan boleh merancakkan lagi gerak kerja dakwah.. insyaAllah!




selamat berpuasa & menjalankan ibadah!!