kaunseling diet vs 'kaunseling' dakwah???
apa kaitannya??? ada ke?? pasti semua orang tertanya-tanya..paling kurang pun mesti ada yang gigit jari..or garu kepala or apa2 la yg mennjukkan tengah berfikir...
haa..meh ana cerita...
Pada 2 hari yang lepas ana ditugaskan untuk membawa watak 'dietitian' bagi kelas Mock counselling... memang agak x bersedia la... dan ana membantai dengan jayanya... but at the end ana dapat pengajaran dari apa yang berlaku... let me share....:
kaunseling diet = k.diet
kaunseling dakwah = k.dakwah...ni singkatan!
1) k.diet : mula2 babak ana kena memanggil pesakit dengan nama yang paling terhormat..ana dapat pesakit india menghidap diabetes mellitus type II...name die ana panggil Puan Kajol..(profil pesakit dah dapat awal2)
k.dakwah : kalau nak mula berbual dengan mad'u mestilah ingat name dia..dan panggil dengan panggilan yang paling disenangi... seperti adik, kakak, nama manja,...dan sebagainya.
2) k. diet : seterusnya..kalau pesakit bawa teman,dietitian kena tegur dan tanya orang yang meneman...kalau suami..kena persilakan..kena sambut..kena layan.. xde la die rasa dipinggirkan...
k. dakwah : sama jugak kalau kita dengan mad'u dan teman dismping mad'u... sememangnya yang kita nak 'attack' adalah mad'u...or fokus kita ialah mad'u..tapi tidak boleh sekali2 kita meminggirkan peneman or rakan2 mad'u... jadi..barulah ada rasa kebersamaan...
3) k.diet : lagi...kena bertanya khabar pesakit..bertanyakan perihal kondisi semasa pesakit... perasaan dia...senang cerita..kalau nak bagi nasihat or kaunseling..perlu kena pada tempatnya..or keadaan..tambahan lagi..pesakit boleh merasakan dietitian mengambil-berat ttg kesihatan dia..
k.dakwah : begitu juga apabila kita dengan mad'u..mana boleh terus2 terjah dengan perkataan tarbiyyah yang bombastik..kena ambil hati dia dulu..tanya khabar semua..perkara asas je.. just nk built rapport...bina hubungan.. that easy...
4) k.diet : semasa kaunseling..dietitian perlu bagi keterangan pengenalan tentang penyakit kencing manis yang dihidapi... kalau nak terangkan kena guna bahasa or ayat2 yang senang difahami...cuba kalau kita guna perkataan seperti 'metabolisme', 'carbohydrate', insulin hormone dan banyak lagi perkataan yang bagi dietitian adalah perkataan yang 'simple' tetapi bagi pesakit perkataan2 tersebut adalah sesuatu yang baru... so kena tengok level of understanding pesakit...
k.dakwah : kan sama semasa kita borak dengan mad'u pasal islam..or anything that might be new for them.. bung..bang..bung ..bang explain kat mad'u..kalau dia x faham kan rugi..
so..kalau nak terang sumtin kat mad'u harusnya mula dari bawah..mula dari hal.yang senang difahami.. kalau terus2 bincang pasal jihad!! waaa...mau mad'u lari keliling padang...hehe
5) k.diet : harusnya ada komunikasi..interaksi 2 hala..dietitian memberi soalan..menerima pandangan..memberi cadangan,..menanyakan persetujuan..dan sebagainya... supaya...pesakit merasakan keterlibatannya dalam membuat keputusan tentang kesihatan dia diterima-pakai..dan dihargai..jadi..dalam masa yang sama.. pesakit akan lebih 'complience' dan mudah menerima...dan merasa dihargai...
k. dakwah: haha..sama2!! kalau berbicara dengan mad'u harusnya ada persoalan2 yang ditimbulkan..persoalan2 yang memecahkan isu didalam kepala mad'u.. yang menarik minat mad'u untuk ikut sama berfikir dan meluahkan pendapat dan pemikiran... kalau dai'e sahaja yang berbicara... huh!! mau juga mad'u tersebut tertidur...lantaran 'otak' dan minda nya tidak ikut pusing bersama2...hehe...
6) k.diet: contohnya..kalau berurusan dengan pesakit kencing manis... selalunya budaya or gaya hidup pesakit..gemar makan makanan yang manis..makanan bergoreng..makanan yang tinggi garam..dan segala macam ketinggian..huhu... senang cerita kebanyakannya mempunyai berat badan yang berlebihan... kalau dietitian mahu menanyakan tentang berapa kuantiti sudu gula yang diambil ketika makan... dan pesakit memberi jawapan kuantiti..yg melampau2.. contohnya: saya biasa ambil 4 sudu gula untuk segelas jus sunkist!... mak aihh..banyaknye...(dietitian x boleh memberi respon sebegitu).. ataupon dietitian buat mimik muka poyo2... memang sah! pesakit akan terasa hati n terhina...n terus xleh dengar dah nasihat dietitian...
k.dakwah: contoh die...kalau kita berbicara tentang isu palestin.. dan mad'u tidak tahu-menahu tentang isu ini... so..jangan pulak buat2 muke sambil cakap : takkan tu pun xtau..orang lain semua tahu! so..senang cerita.. jangan generalized kan tahap pengetahuan individu..lain orang lain tahapnya...
7) k.diet : sepanjang sesi kena bermanis muka..memandangkan pesakit pun suka makanan2 yang manis
k.dakwah : samela...kalau muka masam..x ke mad'u tu rase nk lempang je... bagi nasihat tapi muka masam...xbleh terima! kalau muka manis..senyum biar ikhlas..orang nak dengar nak tengok muka pun rasa bahagia je...
8) k.diet: semasa nak memberi nasihat diet.. harusnya menasihati dengan cara yang paling mudah dan realistik bagi pesakit.. contohnya: kalau nak pesakit turunkan berat badan, jangan pula dietitian..menyuruh pesakit untuk menurunkan 20kg dalam masa 2 minggu!! memang x munasabah... pesakit dengar pon meremang bulu roma.. so ask patient untuk buat perubahan gradually but yet effective! contoh: o.5kg in 1 or 2 weeks..kan nampak sikit tuu...
k.dakwah : kalau nak suruh mad'u yang xpakai tudung untuk pakai tudung... jangan plak terus2 je suruh pakai tudung labuh bulat..... ada menangis kawan tu... why not? try pakai tudung biasa dulu...but still tutup aurat... ataupon contoh lain: kalau mintak mad'u baca quran 1 juzuk sehari..padahal selama ni..die baca quran sekali seminggu..haa... biar sikit asal berterusan...
banyak lagi..perbandingan2 yang boleh dibuat... dalam kita mempelajari bahan-bahan akademik.. boleh je kita mengaitkan dengan tugas2 dakwah kita.. walaupon dua bidang yang berbeza..tapi still kita kena deal dengan pelbagai ragam manusia... yang memaksa kita untuk menjadi fleksible untuk apa jenis ragam manusia sekalipun...
itu sahaja stakat nii... Maceh!
1 comment:
ila ke ni?
Post a Comment