Apa yang penting kita perlu tahu Hijrah kaum muslimin di atas bumi ini ada dua tujuan iaitu menjauhkan diri daripada sesuatu dan memenuhi sesuatu tuntutan. Dalam melakukan hijrah demi memenuhi tuntutan agama, maka menziarahi saudara seislam semata-mata untuk memperoleh keredhaan Allah akan memperolehi hikmah yang paling besar. Dengan melaksanakan tuntutan ziarah ini, akan membuahkan benih kemesraan dan pengorbanan dalam membela sesama insan.
Ziarah yang dilakukan dikalangan kaum muslimin menjanjikan ganjaran yang banyak dari Allah SWT, disamping merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW. Keutamaan ziarah melahirkan rasa kasih sayang dan mengukuhkan jalinan persaudaraan. Jika dilakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan agama, menghidupkan amalan sunnah, nasihat menasihati serta berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, maka akan memperoleh keredhaan Allah SWT yang sangat luas....insyaAllah!...ha...kan 'best' dapat makan 'free'..dapat pahala 'free'...('v')!
Rumah terbuka Ukhti Hafizah & fairus di Plaza RAH..
Rumah terbuka Naqibah tersayang..Kak Anfal saari.hehe!
No comments:
Post a Comment