Thursday, October 30, 2008

Iqraa..

video

what a nice nasheed to share with all of you..!

since i dun have enuf time to write a post... Exam week of course!pray for me..(T.T)!

bittaufiq wa najah..to all of you... :)

Monday, October 20, 2008

banyaknya makannnnnnnn!!!

banyaknye maakaaaaaaaan!..walaupun bulan syawal bakal berakhir..tapi aktiviti ziarah-menziarahi sentiasa berlangsung..dan kalau ada rumah terbuka..apa lagi..rembatlah makanan banyak2..hehe! tapi xde la sampai nk termuntah...makan sebelum lapar..berhenti sebelum kenyang...kaannn...

Apa yang penting kita perlu tahu Hijrah kaum muslimin di atas bumi ini ada dua tujuan iaitu menjauhkan diri daripada sesuatu dan memenuhi sesuatu tuntutan. Dalam melakukan hijrah demi memenuhi tuntutan agama, maka menziarahi saudara seislam semata-mata untuk memperoleh keredhaan Allah akan memperolehi hikmah yang paling besar. Dengan melaksanakan tuntutan ziarah ini, akan membuahkan benih kemesraan dan pengorbanan dalam membela sesama insan.

Ziarah yang dilakukan dikalangan kaum muslimin menjanjikan ganjaran yang banyak dari Allah SWT, disamping merupakan amalan sunnah Rasulullah SAW. Keutamaan ziarah melahirkan rasa kasih sayang dan mengukuhkan jalinan persaudaraan. Jika dilakukan semata-mata untuk memenuhi tuntutan agama, menghidupkan amalan sunnah, nasihat menasihati serta berpesan dengan kebenaran dan kesabaran, maka akan memperoleh keredhaan Allah SWT yang sangat luas....insyaAllah!...ha...kan 'best' dapat makan 'free'..dapat pahala 'free'...('v')!
Majlis Hari Raya Jemaah Islah M'sia 08...siap ada nasheed..best!

Rumah terbuka Ukhti Hafizah & fairus di Plaza RAH..


Rumah terbuka Naqibah tersayang..Kak Anfal saari.hehe!

Sunday, October 12, 2008

wedding of the year...!!

nice one!! sweet.....('O')!

si teruna menyarung cincin di jari manis si dara...wah2! tahniah!!

wedding of the year... walimah nihlah & mujahid.. on saturday, 11th october 2008*
11 syawal 1429H*.... congratulation to both of you!! Nikahun mubarakun...zawwajun mubarakun!

Pada hari walimah diadakan...ana & kawan2 ana memang semangat..mane x nye..nak meredah kesibukan jalan KL walaupun pada hujung minggu(ana pun x faham kenapa jalan boleh sibuk & 'jammed.. any idea??) pape pun..ana tetap meredah + terlupa bawa kad kahwin yang membawa maksud..alamat tempat walimah diadakan tidak di bawa bersama..,memang kejam..( nasihat: rancang perjalanan anda).. ditambah lagi kepakaran memandu yang ana rasa cukup 'berhemah"..sehinggakan ana bley 'sapu' tiang konkrit...sehingga tercalar kereta kancil ana...(balik umah kena 'sound' dengan mak..huhu!)...
ha..nak di jadikan cerita semata-mata memenuhi jemputan dan menepati janji... kitorang carik jugak rumah pengantin..dari pukul 12.30pm sampai pukul 4.20pm...(tolak masa yang digunakan untuk berhenti solat di Giant..)...agak kejam la..sampai 'cramp' kaki + tangan ana....

balik ana terus 'ragging' kawan ana,himah..untuk buat spa kaki n tangan..hehe! jazakillah ukhti!
sampai je...nasi x habis lagi..lauk je dah habis..so kitorg bantai jela apa yang ada..sambil kecoh2 mengambil gambar kenang-kenangan..makanan yang sempat dibantai..satay..karipap..kek..kuih2 raya dan air merah yang sejuk lagi 'best'!


fizah..himah..ila..atie!! + pinggan n cawan yang sudah bersisa...huhu!



merasa jugak naik pelamin...opps! hilang seri dehhh...(geng sesat:wani,ila,imah,yaya,fizah)


kepada nihlah: kalau x datang 'wedding' kitorang...siap!! hehe... pape pun.. ana doakan..kami doakan...dengan termetrinya dua hati ini..menambahkan lagi 'rempah-ratus' dakwah dan menyambungkan lagi rantai2 generasi yang menegakkan agama Allah s.w.t... dan ana tahu... Palestine Always in your hearts....our hearts...insyaAllah!!


takbir!


Allahuakbar!!

Tuesday, October 7, 2008

Syawal yang membawa seribu erti..

Sambutan syawal ana tahun ini tidak semeriah tahun sebelumnya....yang pasti terdapat hikmah yang terselindung...

Yang pertamanya: adik ana sambung pelajaran ke university Volgograd,Russia dalam bidang perubatan..ana xsangka adik ana lagi tere..huhu.. kitorang satu family hantar dia di KLIA pada 21 september..dan bagi memastikan adik x menangis sebab x sempat smbut syawal bersama...mak ana buat la ketupat..tapai..n biskut2 raya semua ada..kitorang berjamu satu family kat umah akak kat Gombak,Selangor...sedih2...baru tahu betapa sayangnya kat adik ana sorang ni..hehe

yang penting ana bagi pesanan terakhir:
1) jangan ponteng usrah

2) kalau ade program islamik...jangan lupa 'join'!!

ha...ni dia...kecoh gak la...



semoga pemergianmu ke bumi Rusia..membawa seribu erti..membawamu kearah tujuan hidup yang hakiki...akak doakan adik istiqamah n tetap tegar untuk berubah kepada yang lebih baik....insyaAllah!

haa...tu baru satu hal...ade satu hal lagi...yg menambahkan lagi hikmah syawal....

hal keduanya... akak ana bersalin bayi pramatang pada 26 september...hanya 7 bulan lebih.. baby boy..diberi nama Dai'e Harraz...alhamdulillah bayi sihat...cuma perlu tinggal di dalam inkubator sehingga mencapai berat yang stabil... yang penting kat sini... ana kena jadi bibik segera kat umah akak kat Gombak...so xleh balik kampung...sehingga akak ana dari Johor bharu datang n ana sumbat diri ana dalam kereta dia...so dapatlah ana balik kampung... tapi memandangkan tiada siapa yang menjadi bibik...ana dan mak ana bertolak ke Kuala Lumpur dari kelantan..pada pukul 1.50pm 1st syawal...huhu..kejam2...ana sempat beraya 2 buah rumah sedara je... yang paling penting...ana sedar bahawa syawal adalah hari kemenangan..bagi meraikan ramadhan...n meraikan orang2 yang bersabar n berani berkorban...

kepada sahabat2 : Eid mubarak!! Moga pengajaran dalam bulan Ramadhan menjadi bekal kepada hari-hari yang mendatang.... Moga syawal bukan saja menjadi hari kemenangan tetapi hari yang dijadikan alasan paling 'munasabah' untuk bermaaf-maafan dan untuk memaafkan... di kesempatan ini.. ana ingin minta maaf sekiranya terkasar bahasa...membuat hati-hati terasa atau terluka..tanpa ana sedari... Mohon maaf zahir & batin!!

Iftar Jamai'e Karisma Kuala Lumpur

salam....
setelah sekian lama tak dapat 'online'..akhirnya bertemu lagi kita di 'teratak' yang tak seberapa ni...
Iftar jamai'e dah lame berlaku..tapi kehangatan ukhwah masih terasa...ditambah pula dengan keberkahan di bulan ramadhan yang dirindui...jika diizinkan untuk bertemu kembali dengan sahabat-sahabat dari pelbagai IPT(UKMKL,IIC,USIM Nilai,PPUKM)...alangkah bestnye!!!
seramai 100 lebih ikhwah dan akhwat berkumpul di sekolah rendah Al-Amin,keramat,Kuala Lumpur pada 19hb september 2008....dibawah anjuran karisma Kuala Lumpur dan diamanahkan kepada karisma UKMKL untuk menguruskan perjalanan program... apa pun yang paling penting...dengan adanya program ni..ia menjadi titik tolak pengenalan kewujudan karisma Kuala Lumpur...
moga ukhwah yg terjalin..menyemarakkan lagi kehangatan dakwah di kampus... insyaAllah!



Adegan suap-menyuap..yeehaa!!



makan..jangan x makan...sedap..tuu!!


sahabat karisma ukmkl n PPUKM..

sahabat-sahabat kawasan Kuala Lumpur..hehe!


Eid Mubarak!!!


JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI!!!

Saudara/Saudari dengan segala hormatnya dijemput ke Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM

Pada
12 Oktober 2008 (Ahad)

Masa
9.00 pagi - 1.00 petang

Bertempat di
Ruang legar Ibu Pejabat JIM
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Anjuran bersama
JIM Pusat & JIM KL

datang jangan tak datang...('o')!