Wednesday, April 22, 2009

Ya Allah..aku serius mahu kembali pada belaian alam ciptaanMu...

salam! sahabat-sahabat.. entri pada kali ini hanyalah sekadar untuk membawa ana sendiri dan sahabat sekalian untuk kembali muhasabah dan berfikir sejenak...

Di dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan dan isu-isunya...membahagikan masa mengikut prioriti yang telah dibeda-bedakan..dan...
kehidupan di kota..pemandangan bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan konkrit yang tersergam kukuh, bandaraya yang dipenuhi dengan pelbagai karenah manusia..pelbagai drama kehidupan...
masih..suasana tegang..tekanan...riuh-rendah dan sebagainya menjadi hiburan dan muzik harian...
pernah tak sahabat-sahabat terasa untuk berhenti sejenak?? di kala warga kota dan orang kebanyakan merebut-rebut masa yang ada....
di kala kebanyakan orang merasakan hari esok tiada untung bagi mereka..
di kala kebanyakan orang bagai terasa sesak untuk bernafas lantaran kesibukan...

ana ulangi.. pernah tak sahabat sekalian terasa ataupun terfikir untuk berhenti sejenak?
sahabat sekalian faham tak apa yang ana maksudkan berhenti sejenak?
jika ana analogikan manusia seperti kereta... kereta apabila dipandu...dipecut menggunakan gear tinggi 4 atau mungkin 5 tanpa henti..atau digunakan setiap hari tanpa diservis..pasti kereta itu cepat rosak..paling kurang pun pasti prestasi kereta tersebut sedikit berkurangan berbanding sebelumnya...
Nah! sahabat... manusia..kita juga sedemikian juga.. apabila diguna.dikerah otak..mental dan fizikal tanpa henti dan tiada proses 'rejuvenate' atau 'refreshing'... agak-agaknya apa yang bakal berlaku pada diri kita???
adakah pernah kita terfikir penyakit kemurungan(depression), individu normal menghidap sakit mental... kes bunuh akibat dendam dan ketidakwarasan fikiran dan sebagainya.. mungkin akibat tiadanya proses yang mampu me'refresh'kan kemampuan dan kewarasan minda atau psikologi individu?

apakah proses 'refresh' ini?? jika agama Hinduism mengajarkan Yoga sebagai penenang tubuh dan fikiran.. Islam juga memberi metod yang cukup bernas dan jauh lebih efektif...yakni melalui solat, al-Quran dan tafakur...
yang ana ingin tekankan disini ialah tafakur, suka ana petik dari surah ar-rad:28

Those who believe (in the Oneness of Allâh), and whose hearts find rest in the remembrance of Allâh, Verily, in the remembrance of Allâh do hearts find rest.

sungguh! dengan mengingati Allah s.w.t..hati menjadi tenang!
sayangnya..sejauh mana ketenangan yang kebanyakan dari kita peroleh dari mengingati Allah..
adakah mangingati Allah sama dengan kita mengingati ibu dan ayah kita..atau keluarga kita..atau sahabat handai kita... sudah tentu tidak!

bahkan ia membawa kita mengingati Pencipta semesta alam..yang kuasanya tiada tandingan..bahkan Dia-lah tempat kita bergantung harap..Dia-lah tempat kita meluahkan perasaan...Dia-lah tempat kita meminta...dan yang paling penting Dia-lah yang kita yakini yang mampu memberi apa sahaja! tidak seperti apabila kita meminta mainan dari ibu bapa kita dan di marahi... ataupun meminta markah lebih dari pensyarah yang semestinya kita tidak akan perolehi!

nah! Pada tujuan asalnya ana mahu membawa diri ana dan rakan-rakan untuk muhasabah dan berfikir sejenak.. apakah tujuan asal kita dihidupkan? apakah tujuan Allah s.w.t meletakkan diri kita di Bumi ciptaanNya?...dan sebagainya... kadangkala,lantaran kesibukan yang melampau kita lupa bertanyakan diri kita tentang tujuan asasi hidup kita... kita seringkali hanyut dengan bawaan arus kehidupan sampai lupa untuk men'cas'kan diri.. sepertimana handset akan mati jika tidak di'cas'!

jom..sama-sama bertafakur sejenak!

p/s: ana sudah lama teringin untuk merapatkan diri dengan alam ciptaanNya.. berada di kota besar ana hanya nampak langit..pokok-pokok yang sedikit.. dan kurang rasa dekat dan tenangnya pemandangan alam ciptaanNya...terasa kaku hati sekaku bangunan kota..
Teringin sekali meluangkan masa...duduk..istirehat sejenak..menghadap pantai nan luas terbentang...atau melihat tumbuhan-tumbuhan hijau serta menikmati bunyi desiran angin dan percikan air terjun...
alangkah indahnya jika dapat duduk dan bertafakur dengan keindahan Alam...

And Allâh has brought you out from the wombs of your mothers while you know nothing. And He gave you hearing, sight, and hearts that you might give thanks (to Allâh). (an-nahl:78)

antara kenangan yang ingin disingkap semula...

sewaktu program 'Hijab gaya Hidupku' di Kelab Golf selangor...
kami 'enjoy' berjalan-jalan melihat alam..

sambil berprogram...sambil menikmati dan menghargai alam ciptaanNya... SubhanAllah..











Tamrin Pengukuhan di Alang Sedayu, Gombak...
sini lagi best!
enjoyed d scenery very much!
main air...mendengar percikan air sahaja sudah cukup mengasyikkan,...
plus! dengar tazkirah...
ngee...




ini adalah antara gelagat yang tidak patut dicontohi apabila terasa seronok sangat!
ni time di Lake Garden.. time ni ana ber'dating' dengan sahabat rapat ana.... nama dia farhana...









ni plak time... Hari keluarga JIM kuala Lumpur di Hulu langat... ada sungai..ada games yang mengeluarkan segala peluh yang ada... dan yang paling penting ukhwah!!!

lain betul rasanya apabila dekat dengan alam CiptaanNya...


kalau nak tau... cubalah sendiri!

Thursday, April 9, 2009

Hubungan Mata dan pemikiran

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusa:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap ia sangat tajam luar bisa dalam sesuatu bidang. sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. dan orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar pelbagai bidang kat dunia ini.

2. Jika renungan matanya tajam macam renungan mata harimau orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat extreme sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..

3. mata sering berkedip seolah2 ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu, so kalau nak tipu cari orang macam ini. Ini kerana processor otak dia selalu hang, sebab dia PC versi lama.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tamahan atau watak orang kampung dalam filem hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renunganya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya wow orang ini sangat hebat dan memiliki sifat extrem sama bijak dan sangat jahat atau bijak sangat baik dan sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah2 nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, dan ramai orang jepun memilikinya.


7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renungannya dan tak bercahaya matanya.



8. Jika matanya terbeliak macam mata mengkarung maka orang ini agak tohol sedikit pemikiranyanya, dan memang tak bijak tapi kalau bab nafsu dia pandai kot dan kurang bermoral sikit, kalau bercakap main sembur jee dan tak fikir panjang, dan akan bertambah teruk jika besar dan kerap berkedip.

9. jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga2 orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu tapi kalau bab kencing orang kuat kot. sukar percaya dan dibuat kawan.

10. Jika matanya juling (mata tembak burung)biasanya orang ini memilki banyak sifat jahat dari baik, antaranya kuat mencuri dan kita sukar sekali mengesanya kerana kita sukar trace ia melalui body language mata. dan susah dipercayai dari segala aspek. Jika dia jahat maka jauhkan diri. Tetapi jangan sesekali curiga pada manusia mata juling horizontal ini, kerana jika dia mempunyai akhlak baik dan berpelajaran mata ini adalah umpama mata normal dan dia juga good man. jangan sesekali curiga.

11. Jika mata dia condong kebawah atau keatas yakni aku istilahkan sebagai juling vertical. Jika condong keatas maka orang ini kurang bijak dan mempunyai akhlak dan pergaulan yang buruk. dan cenderung jahat. jika condong kebawah orang ini lemah tenaga pemikirannya dan susah menyelesaikan masalah dan agak bebal. dan budipekerti kurang elok.

tapi ingat jangan selalu berperangsaka negatif yang keterlaluan pada orang macam ini, kerana semua ini atas kehendak Allah s.wt. sebab ralat tetap wujud...

Thursday, April 2, 2009

I'm tagged..!!!

1.Adakah anda rasa anda HOT?

yeah..Absolutely! i'm hot when i'm mad of sumtin, eating hot and spicy foods.. or maybe when it's a very hot and sunny day!
but i think i'm probably Hot coz I'm friendly, easy-going,love to make friends and have self-confidence... that's make me hot..i think... agree?? haha...perahsantan!
2.upload gambar kegemaran anda
i have so many fav pics. i'll check my folder....
tada!! this is one of my fav...



ini Dhia Qistina,anak sedara yang disayangi.. ngee!

3. Kenapa anda suka gambar ini?


you know why...
because she's cute!..i always love to pinch her cheeks..
and the most important thing is 'me' in da 'cloud'... even it was photoshoped..
she's wondering if i'll come back and play wif her... i will!


4. Bila kali terakhir makan pizza?
the last time i ate pizza was on 29th march 2009.
I ate half of regular meat maniac pizza and another half of regular seafood delight pizza.
that sounds crazy.. but believe me..i ate them all!
i dun have my dinner after that...(ToT)!

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
i can't really remember... but as far as i remember...the last song that i'd heard is from UNGU entitled 'CahayaMu'... it was when i'm driving my car on my way to my naqibah's house...
i enjoy listening to music while driving... but i'm not really into music.. it's the lirics or messages from the song..that i count....
6. Apa yang sedang anda buat selain dari buat tag ni?
i'm thinking of what i have to do after doing this....
i'm having my snacks..drinking plain water.. breath harder to avoid sleepiness.. n what's more??
oo..yeah! i'm looking for suitable pictures in google image search.. so that i can put it in this blog.. nice.huh!
7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
i love when my mum and dad called me 'TUSY'..
i love when my siblings and 'anak sedara' called me 'UCI'...
i love when my friends called me 'ILA'...
i love when my 'adik2' called me 'KAK ILA'...
n last but not least when sum one called me in my full name... 'NUR ILANAH ABDULLAH'..
BUT IN SOME CASE I DUN REALLY LIKE IT, for example:
perhatian kepada NUR ILANAH ABDULLAH sila datang ke pejabat sekarang kerana Pengetua ingin berjumpa...
or maybe... Pelajar yang mendapat result yang paling 'gempak' iaitu NUR ILANAH ABDULLAH' sila naik ke pentas..
i'll kill those people... haha! (joking!!)
8. Tag lagi lima orang:ini lima orang yang wajib buat tagged ini.
1. Adik tersayang... Roqaiyah aka Aya aka Ayaharith...: i have strong reason why i chose her
1st: because she's d one who tagged me.. 2nd: she answered it already.. so i dun have to read it twice.. haha!!
2. Adik yang dikasihi... Ain cumil.. coz aya tagged her..so i wanna tagged her too..! so,..ain cumil u cannot escape anymore..there's two person tagging you...weew!
3. Kak anfal yang sangat disayangi.. : even i know she's not around and probably dun have time to answer the question.. but i still want to tag her.. to kak anfal: take ya time,dear!
4. Sahabat kesayangan.. ana dental : ana..i know u are busy gurl.. that's why i wanna put some more work for you..hehe!
5. sape lagi?? boleh x nak tagged je sesiapa yang mengenali diri ini..yeeehaa.. kejam2!
jawab2...
now..i'm done!

my story #2

salamualay'kum...
ana x sangka masih ada yang ter'buka' blog ana dikala ana sedang menyapu2 sawang-sawang.. hehe! trimas kepada semua yang menyokong... (ToT)!

Sahabat sekalian boleh teka x apa story ana pada kali ini??? Flow sem nii: lepas Praktikal perkhidmatan Makanan, ana collect data tesis...lagi?? hah! ana masuk subjek pembelajaran ana yang seterusnya iaitu Perkhidmatan Dietetik Masyarakat.. tapi sebelum ana menyimpang..baiklah ana story dulu pengalaman ana semasa mendengar 'Forum Palestin & iktibar' di masjid shah alam.


Forum ini diadakan pada 24 march 2009, started at 8.30pm, ahli panel yang hadir ialah ust. Zawawi(pendakwah bebas) dan Ummu Muhammad (isteri kepada As-syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi,pimpinan HAMAS) dan sahabatnya ,manakala moderator ialah akh. aminuddin yahya(SU agong ISMA)....
antara initipati2 forum yang ana sempat catit ialah :

1. Rakyat palestin bukan berjihad untuk mereka sahaja tetapi untuk seluruh ummah islam!

2. Tanah Palestin bukan milik Rakyat Palestin sahaja tetapi milik seluruh ummah islam..

3. Jihad di Palestin adalah Jihad mempertahankan AKIDAH!!
4. Rakyat Palestin melawan musuh islam secara langsung..berdepan!
5. Penekanan tarbiyyah di kalangan Rakyat Palestin menjadi senjata utama melahirkan semangat jihad tidak kira apa golongan sekalipun(lelaki,wanita dan kanak2).
6. Tarbiyyah sebagai tunjang kekuatan roh Rakyat Palestin untuk terus bertahan dan berjuang!
7. Meningkatkan kualiti pemimpin supaya dapat melahirkan lebih ramai mujahideen.
8. isu Barrack Obama?? adakah obama memberi harapan? Tidak! kerana meskipun obama memimpin tetapi sistem,polisi dan pegangan tetap jua sama!
9. Umat islam wajib meyakini bahawa Islam tetap akan menang dan Israel akan ditumpaskan!
10. Rakyat Palestin mati syahid mereka tidak kalah tetapi menang!! di Malaysia?? ade segolongan yang mati dalam keadaan murtad dan kufur nikmat!
11. Keyakinan bahawa 'siapa yang membantu agama Allah, Allah akan pasti membantu kamu!'
12. Kaum wanita meneladani peribadi Para sahabiah yang membantu dalam perjuangan dan turut serta dalam jihad!
12. wanita di Palestin melahirkan anak-anak dan membentuk peribadi mujahidin dalam diri anak2.. setiap muslimah harus mengajar anak2 erti jihad dan pentingnya jihad!
dan banyak lagi intipati-intipati lain...
Seterusnya, ummu muhammad dan sahabatnya juga berkongsi cerita tentang seorang kanak-kanak berumur 6 tahun yang dirawat dihospital akibat kecederaan dan kehilangan kakinya. kanak-kanak ini menangis dan apabila ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab ' aku sedih kerana tidak mampu lagi bergerak untuk sama-sama berjuang menentang zionis Yahudi, berilah aku kaki palsu atau apa saja semoga aku dapat berjuang dengan dayaku sendiri!!
bayangkan rakan2..hebat x? jauh sekali ngan perangai dan sikap ana sendiri...huu
Juga diceritakan tentang karamah2 semasa perang di Palestin.. di bawah terdapat cerita yang diceritakan oleh ummu muhammad dan juga petikan dari Artikel yang diperolehi dari web..
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
AllahuAkbar!!!

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).