Thursday, April 2, 2009

my story #2

salamualay'kum...
ana x sangka masih ada yang ter'buka' blog ana dikala ana sedang menyapu2 sawang-sawang.. hehe! trimas kepada semua yang menyokong... (ToT)!

Sahabat sekalian boleh teka x apa story ana pada kali ini??? Flow sem nii: lepas Praktikal perkhidmatan Makanan, ana collect data tesis...lagi?? hah! ana masuk subjek pembelajaran ana yang seterusnya iaitu Perkhidmatan Dietetik Masyarakat.. tapi sebelum ana menyimpang..baiklah ana story dulu pengalaman ana semasa mendengar 'Forum Palestin & iktibar' di masjid shah alam.


Forum ini diadakan pada 24 march 2009, started at 8.30pm, ahli panel yang hadir ialah ust. Zawawi(pendakwah bebas) dan Ummu Muhammad (isteri kepada As-syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi,pimpinan HAMAS) dan sahabatnya ,manakala moderator ialah akh. aminuddin yahya(SU agong ISMA)....
antara initipati2 forum yang ana sempat catit ialah :

1. Rakyat palestin bukan berjihad untuk mereka sahaja tetapi untuk seluruh ummah islam!

2. Tanah Palestin bukan milik Rakyat Palestin sahaja tetapi milik seluruh ummah islam..

3. Jihad di Palestin adalah Jihad mempertahankan AKIDAH!!
4. Rakyat Palestin melawan musuh islam secara langsung..berdepan!
5. Penekanan tarbiyyah di kalangan Rakyat Palestin menjadi senjata utama melahirkan semangat jihad tidak kira apa golongan sekalipun(lelaki,wanita dan kanak2).
6. Tarbiyyah sebagai tunjang kekuatan roh Rakyat Palestin untuk terus bertahan dan berjuang!
7. Meningkatkan kualiti pemimpin supaya dapat melahirkan lebih ramai mujahideen.
8. isu Barrack Obama?? adakah obama memberi harapan? Tidak! kerana meskipun obama memimpin tetapi sistem,polisi dan pegangan tetap jua sama!
9. Umat islam wajib meyakini bahawa Islam tetap akan menang dan Israel akan ditumpaskan!
10. Rakyat Palestin mati syahid mereka tidak kalah tetapi menang!! di Malaysia?? ade segolongan yang mati dalam keadaan murtad dan kufur nikmat!
11. Keyakinan bahawa 'siapa yang membantu agama Allah, Allah akan pasti membantu kamu!'
12. Kaum wanita meneladani peribadi Para sahabiah yang membantu dalam perjuangan dan turut serta dalam jihad!
12. wanita di Palestin melahirkan anak-anak dan membentuk peribadi mujahidin dalam diri anak2.. setiap muslimah harus mengajar anak2 erti jihad dan pentingnya jihad!
dan banyak lagi intipati-intipati lain...
Seterusnya, ummu muhammad dan sahabatnya juga berkongsi cerita tentang seorang kanak-kanak berumur 6 tahun yang dirawat dihospital akibat kecederaan dan kehilangan kakinya. kanak-kanak ini menangis dan apabila ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab ' aku sedih kerana tidak mampu lagi bergerak untuk sama-sama berjuang menentang zionis Yahudi, berilah aku kaki palsu atau apa saja semoga aku dapat berjuang dengan dayaku sendiri!!
bayangkan rakan2..hebat x? jauh sekali ngan perangai dan sikap ana sendiri...huu
Juga diceritakan tentang karamah2 semasa perang di Palestin.. di bawah terdapat cerita yang diceritakan oleh ummu muhammad dan juga petikan dari Artikel yang diperolehi dari web..
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan di bahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor di setiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Selepas suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
AllahuAkbar!!!

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa DIa adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu." (Fussilat:52).












No comments: